GROUPDAFTAR AKAUN | DOWNLOAD | KELAS ONLINE | BLOG | MOCAZ  
 



SOALAN 1 : BERAPAKAH MODAL PALING RENDAH FOREX DAN BERAPAKAH KEUNTUNGAN YANG BOLEH SAYA PEROLEHI DALAM SEBULAN?

JAWAPAN - Terpulang kepada anda untuk meletakkan modal anda berapa. Paling rendah yang bagaimana anda mahu? 100 US Dollar? 50 US Dollar ? 3 US Dollar? 1 US Dollar? Sebenarnya ia bergantung kepada keuntungan yang anda mahukan. Mari saya jelaskan. Jika anda mahu keuntungan besar, anda perlu tahu bahawa modal rendah adalah sukar untuk mendapat keuntungan sehingga RM10,000.00 sebulan.

Biar saya gambarkan satu situasi, Ali membuka sebuah kedai kecil dengan modal RM1,000.00 sahaja. Apakah yang mampu Ali jual di dalam kedainya yang kecil dan modalnya yang hanya RM1,000 ? Pasti barangan yang murah dan kecil-kecil sahaja yang mampu dijual oleh Ali dan keuntungannya juga adalah rendah.

Ahmad membuka sebuah syarikat besar dengan modal RM200,000.00. Apakah yang boleh dijual oleh Ahmad di syarikatnya yang besar dengan modal begitu banyak? Pasti barangan yang mahal dan besar-besar serta berkualiti nilainya. Sudah tentu keuntungan yang diperoleh juga sangat besar!

Gambaran keduanya, Jika Sham membuka sebuah kedai runcit, adakah Sham akan dapat keuntungan besar seperti Francais Mc Donald dan KFC sebulan?

Jika Kamal membuka sebuah syarikat gergasi oil dan gas, Kamal tentu boleh dan pasti mendapat keuntungan yang boleh dijana oleh sebuah kedai runcit dalam masa sebulan. Itu adalah satu kepastian yang tidak dapat disangkal. Malah mampu menjana keuntungan lebih dari kedai runcit, KFC dan Mc Donalds.

"RM10,000.00 boleh menjana RM1.00 dalam sekelip mata. RM1.00 sukar untuk menjana RM10,000.00 dalam masa yang singkat."

SOALAN 2 : ADAKAH FOREX SUSAH UNTUK DIPELAJARI?

JAWAPAN - Bergantung juga kepada anda. Ia akan susah jika anda merasakannya susah. Ia akan senang dan sangat-sangat-senang jika anda merasakan ia senang dan anda memang mahu menguasai ilmunya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Forex adalah sangat senang dipelajari jika kita benar-benar mahu memahami dan bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmunya. Sekali anda menguasai ilmu forex dan tahu selok beloknya, Forexlah akan menjadi sumber rezeki paling disukai oleh anda!

Semuanya akan menjadi senang jika anda benar-benar mahukannya. Biar saya berikan gambaran, jika seorang lelaki benar-benar mahukan gadis idamannya, dia pasti akan berusaha mendapatkannya dengan pelbagai cara sekali pun tanpa merasa bosan, susah dan berputus asa. Betul bukan? Begitulah FOREX. Jika anda mahu keuntungan nya menjadi milik anda bertubi-tubi, anda tidak akan berhenti untuk belajar, belatih dan menjadi trader sepenuh masa.

SOALAN 3 : APAKAH LEVERAGE YANG SESUAI SAYA GUNAKAN?

JAWAPAN - Jika anda mahukan keuntungan yang banyak dan pantas, saya syorkan anda untuk menggunakan Leverage 1:500 atau 1:1000 . Walau bagaimanapun, semakin tinggi nisbah yang kita gunakan, semakin tinggi risikonya. Ia adalah ibarat kita menggunakan kad kredit atau buku bank simpanan. Leverage kecil adalah ibarat anda mengeluarkan duit daripada buku bank simpanan anda. Di mana anda mesti merancang pengeluaran duit anda, mesti mengisi borang dan beratur di kaunter untuk mengeluarkan wang anda
berbanding dengan kad kredit, anda dengan mudah sahaja berbelanja dan mengeluarkan duit anda. Anda boleh menggunakan kad itu untuk membayar barangan yang anda beli tanpa terpaksa beratur di kaunter bank untuk mengeluarkan duit tunai anda terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, untuk mudah menjana keuntungan, sememangnya menggunkan leverage besar lebih mudah. Biar saya berikan gambaran. Jika anda hanya mempunyai RM10 di dalam poket, anda hanya mampu membeli dua biji coklat sahaja yang berharga RM5 satu. Bagaimana jika anda ada RM100? Pasti anda boleh membeli banyak lagi coklat yang hanya berharga RM5 itu.

HOME

Disclaimer. Please read.
CFTC Rule 4.41

Hypothetical or simulated performance results have certain limitations. Unlike an actual performance record, simulated results do not represent actual trading. Also, since the trades have not been executed, the results may have under-or-over compensated for the impact, if any, of certain market factors, such as lack of liquidity. Simulated trading programs in general are also subject to the fact that they are designed with the benefit of hindsight. No representation is being made that any account will or is likely to achieve profit or losses similar to those shown. No representation is being made that any account will, or is likely to achieve profits or losses similar to those discussed within this site, support and texts. Our course(s), products and services should be used as learning aids only and should not be used to invest real money. If you decide to invest real money, all trading decisions should be your own.

Hypothetical performance results have many inherent limitations, some of which are described below. No representation is being made that any account will or is likely to achieve profits or losses similar to those shown. In fact, there are frequently sharp differences between hypothetical performance results and the actual results subsequently achieved by any particular trading program. One of the limitations of hypothetical performance results is that they are generally prepared with the benefit of hindsight. In addition, hypothetical trading does not involve financial risk, and no hypothetical trading record can completely account for the impact of financial risk in actual trading. For example, the ability to withstand losses or adhere to a particular trading program in spite of trading losses are material points which can also adversely affect actual trading results. There are numerous other factors related to the markets in general or to the implementation of any specific trading program which cannot be fully accounted for in the preparation of hypothetical performance results and all of which can adversely affect actual trading results  copyright 2014. Allright reserve.